Quantcast
Channel: Ulasan pada: Bagaimana bank isytihar hartanah anda di lelong
Viewing all articles
Browse latest Browse all 123

Oleh: reen017

$
0
0

salam tuan,
nk tanya beberapa kemusyikilan,

1. makcik sy telah membt pinjaman perumahan sbnyk rm460k awal thn 80 an.
2.terdpt 11 unit disewakan…dlm lewat 80 an dan thn 90 an makcik mengalami masalah dlm pembayaran ansuran bulan kpd bank…contoh sebulan kene byr rm5k tp disebabkan masalah kegawatan ekonomi/penyewa lari..makcik minta byran ansuran bulan dikurangkan dr rm5k kepada rm3800k.
3.surat memohon pengurangan ansuran bulan telah dibuat dan pihak bank meluluskan.
4.mengikut surat perjanjian, last bayaran duit ansuran rumah adalah pd bulan 8-9 tahun 2008. ini disahkan sendiri oleh pihak bank sendiri.
5.selepas bayaran terakhir dibuat, selang beberapa bulan..makcik meminta geran rumah dr pihak bank. namun peg. bank mengatakan fail makcik berada di branch di damansara.
6.makcik pergi ke branch damansara..alasan lain pulak dibagi…fail makcik kene cari dulu…peg incharge xde.
7.ding dong ding dong, pada tahun ni makcik saya pun pergi semula ke bank tersebut. peg bank ckp..peg incharge maternity leave pulak. kami akan menghubungi makcik semula.
8. selang 3 minggu dr tarikh makcik pergi bank tersebut, makcik menerima surat lawyer bank mengatakan makcik berhutang 1.3 juta kerana gagal menjelaskan ansuran rumah. musykil kami dibuatnya, kerana kami menyimpan kesemuanya resit2 bayaran dan sehingga tarikh akhir bayaran pada thn 2008, kami telah menjelaskan sebanyak RM998k.
9.bagaimana pulak boleh timbul tunggakan 1.3 juta tu.
10. bila minta bank statement dr bank, amat tidak sama dengan bank statement yang kami ada.
11. kami buntu kerana telah menerima saman pemula dari mahkamah.

p/s : setahu sy bank selalu menggunakan sistem baru, saya takut, tiap kali dibuat sistem baru, data2 lama x telly ngn sistem baru.contoh : byaran ditetapkan sebulan rm5k..minta pengurangan rm3800, dah diluluskan tp dalam sistem masih kekal dgn jumlah rm5k.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 123